Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sars dan ikrar negara antara sejarah penting bagi warga

DARWIS SAID
Jan 25, 2015 | 05:29 PM



RAKYAT Singapura merasakan beberapa peristiwa yang mereka anggap penting dalam sejarah Singapura juga penting bagi generasi akan datang.


Ini terutamanya menyentuh peristiwa yang berkaitan dengan pembangunan prasarana fizikal negara ini yang membanggakan.


Pada masa yang sama, peristiwa yang mencabar ketahanan negara dan simbol kenegaraan, seperti penularan wabak Sars pada 2003 dan penciptaan ikrar kebangsaan, dianggap antara detik-detik penting yang harus dikenang oleh rakyat Singapura sekarang dan generasi akan datangnya.


Dapatan itu didedahkan dalam satu tinjauan Institut Pengajian Dasar (IPS), Universiti Nasional Singapura (NUS), yang dijalankan baru-baru ini.


Seramai 1,516 responden berusia 21 tahun ke atas telah ditinjau sekumpulan pengkaji IPS dalam satu kajian yang diberi tajuk "Tanggapan Sejarah Singapura", antara Ogos dengan Oktober tahun lalu.


Ia sebahagian daripada program Perspektif Singapura 2015, yang dijalankan bersama lima pelajar tahun akhir Sekolah Media Interaktif dan Digital, Politeknik Nanyang.


Ikuti laporan lanjut di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >