Sasaran vaksin lebih 90 peratus pekerja Lapangan Terbang Changi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sasaran vaksin lebih 90 peratus pekerja Lapangan Terbang Changi

Kakitangan dibahagi kepada 3 zon, tidak boleh berinteraksi dengan zon lain
May 25, 2021 | 5:30 AM

Sasaran vaksin lebih 90 peratus pekerja Lapangan Terbang Changi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
DILARANG BERINTERAKSI: (Gambar atas) Kakitangan dikerah ke beberapa kawasan untuk mengawal pergerakan pelawat bagi memastikan penumpang yang tiba dan keluar dari lapangan terbang tidak berinteraksi antara satu sama lain. - Foto BH oleh MARK CHEONG
DILARANG BERINTERAKSI: (Gambar atas) Kakitangan dikerah ke beberapa kawasan untuk mengawal pergerakan pelawat bagi memastikan penumpang yang tiba dan keluar dari lapangan terbang tidak berinteraksi antara satu sama lain. - Foto BH oleh MARK CHEONG -

LEBIH 90 peratus daripada 14,000 pekerja di Lapangan Terbang Changi disasarkan menerima suntikan vaksin sepenuhnya dalam beberapa minggu mendatang.

Ini sedang pengendalinya Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG), memisahkan lapangan terbang itu kepada tiga zon tugas bagi mengekang risiko penularan Covid19 dalam kalangan pekerjanya kepada awam.

Kawasan ketibaan dan imigresen bagi pelawat serta tempat mengumpul bagasi kini disifatkan sebagai Zon 1, iaitu zon berisiko paling tinggi, dan merangkumi 4,400 pekerja.

Zon 2 pula - iaitu zon berisiko lebih tinggi berbanding Zon 3 - merangkumi pusat transit dan kawasan pelepasan dan imigresen yang mempunyai 2,000 pekerja.

Kawasan perhimpunan awam, yang melibatkan 7,600 pekerja disifatkan sebagai Zon 3 dan berisiko paling rendah.

Pekerja yang bertugas di Zon 1 perlu memakai Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) pada setiap masa ketika bertugas kecuali ketika makan dan berehat di gerbang keberangkatan yang kini dijadikan tempat rehat bagi kakitangan.

Mereka juga harus menerima suntikan vaksin sepenuhnya, dan perlu menjalani rejim ujian yang dipertingkat, termasuk ujian tidak invasif baru yang akan dijalankan selepas syif mereka.

Memberi kemas kini terhadap usaha pemvaksinan kakitangannya, Ketua Eksekutif CAG, Encik Lee Seow Hiang berkata sekitar 90 peratus pekerja di zon risiko tinggi sudah menerima suntikan vaksin dua dos mereka dan lebih 80 peratus pekerja di zon risiko lebih rendah telah berbuat demikian juga.

Di samping itu, hanya golongan pekerja yang berusia lebih muda dibenarkan bertugas di zon berisiko tinggi itu, merangkumi pekerja perkhidmatan pelanggan, pekerja pembersihan dan pegawai imigresen, jelas Encik Lee.

Langkah tersebut akan diterapkan secara bertahap di Jewel Changi, Terminal 1 dan 3.

Ini setelah kelompok jangkitan melibatkan lebih 100 individu dijangkiti Covid-19 muncul di lapangan terbang itu pada bulan ini, kata Encik Lee.

Kebanyakkan kes tersebut dijangkiti varian B1617 yang lebih mudah merebak, tambahnya.

Disebabkan itu, Jewel Changi Airport, Terminal 1 dan 3 ditutup sepanjang 14 hari sejak 13 Mei disebabkan penularan jangkitan itu.

Dalam pada itu, Encik Lee mendedahkan siasatan yang dijalankan di terminal itu mendapati 23 kakitangan positif Covid-19, yang bekerja di kawasan zon berisiko tinggi bergaul dengan pekerja di zon lain.

Menurutnya, ini kemudian menjadi punca penularan bagi kes-kes lain termasuk kelompok jangkitan di Kopitiam di Terminal 3.

Menyusuli itu, Encik Lee berkata: "Sebelum ini, kami mengamalkan aturan pekerjaan yang berdasarkan tugas serta pekerjaan yang melibatkan interaksi bersama pelawat transient (sementara sahaja) disifatkan berisiko rendah. Kini, tugas yang melibatkan kontak dekat bersama mereka adalah risiko tinggi.

"Sekarang kami perlu lebih berwaspada dan mengubah protokol itu," katanya, merujuk kepada aturan pekerjaan berdasarkan zon itu yang merupakan perubahan ketara bagi pihaknya.

Kini pekerja di Zon 1 tidak dibenarkan berinteraksi dengan pekerja di zon lain. Pergerakan mereka juga dikawal dengan adanya akses masuk-keluar yang tertentu.

CAG menjelaskan, pelawat dari negara berisiko tinggi juga akan dibawa ke gerbang kemasukan berasingan di Terminal Dua untuk pelepasan imigresen dan kemudian dibawa ke kemudahan kuarantin mereka menerusi bas.

Selain aturan pekerjaan berdasarkan zon itu dan usaha pemvaksinan yang dilakukan, lapangan terbang juga dilengkapkan dengan kemudahan pembersih dan pengalihan udara dipertingkat dengan keupayaan tinggi.

Encik Lee menambah, kesemua usaha itu adalah bagi membendung penularan jangkitan serta melindungi pekerja.

"Kami sudah tahu zon utama punca jangkitannya berlaku. Dengan rakan lapangan terbang, bersama dengan pihak berkuasa, kami telah berusaha dengan sedaya upaya untuk mengubah proses operasi mereka dan mempertingkat protokol kami.

"Ini supaya kami dapat membendung dan memisahkan zon yang menawarkan perkhidmatan kepada penumpang yang tiba di sini, tidak kira dari mana mereka datang," tegas Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg