Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Satu maut, tiga cedera dalam kemalangan di AYE

Dec 19, 2016 | 12:14 PM



SEORANG maut dan tiga cedera akibat satu kemalangan di lebuh raya Ayer Rajah pagi tadi.



Ia melibatkan sebuah kereta Mercedes yang bergerak bertentangan arus trafik - menyebabkan kesesakan di sepanjang AYE menghala ke Tuas sebelum susur keluar ke Tuas West Road.



Video yang dipaparkan di laman rangkaian sosial Facebook oleh kumpulan Beh Chia Lor, yang menggalak keselamatan di jalan raya, menunjukkan sebuah kereta yang berada di lorong paling kiri sedang bergerak bertentangan arah trafik.



Bahagian depan kereta remuk teruk sementara dinding ekspreswe rosak teruk.



Tidak jauh dari situ, video turut merakamkan sebuah kereta hitam di laluan sebelah kanan, sedang sebuah skuter kelihatan tersadai dekatnya manakala seorang wanita dilihat terbaring atas jalan kira-kira 3 meter di depan kereta.



Terdapat sebuah kereta terbalik di lorong paling kiri serta satu lagi kereta berwarna hitam dengan bonet yang remuk dan bahagian belakang kereta menembusi dua lubang di dinding ekspreswe.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dimaklumkan tentang kemalangan itu kira-kira 8.05 pagi.



Ia mengerahkan sebuah kereta bomba, sebuah kenderaan Red Rhino, dua motosikal pemadam api, sebuah kenderaan sokongan dan empat ambulans ke tempat kejadian.



Seorang lelaki bangsa Cina didapati terperangkap di tempat duduk pemandu dan ditarik keluar menggunakan alat menyelamat hidraulik.



Beliau disahkan mati oleh paramedik.



Dua wanita dan seorang lelaki, kesemuanya berbangsa Cina, telah dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >