Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Saudi teruskan tradisi derma kurma Ramadan kepada SG

May 30, 2017 | 05:30 AM



ARAB Saudi meneruskan tradisi menderma kurma kepada Singapura bagi Ramadan tahun ini apabila 43 tan kurma tiba di sini semalam.



Duta Besar baru Arab Saudi ke Singapura, Encik Saad S. AlSaleh, berkata tradisi muhibah itu akan sentiasa diteruskan oleh kerajaannya sebagai penghubung persaudaraan antara masyarakat Arab Saudi dengan masyarakat Islam Singapura khususnya, dan masyarakat setempat umumnya.



"Sebagai duta pertama kali ke Singapura, saya berbesar hati melihat bagaimana masyarakat Islam di Singapura mempunyai hubungan yang baik dengan saudara Islam mereka di Arab Saudi.



"Insya-Allah kami akan meneruskan tradisi ini di bawah kerajaan Arab Saudi - penjaga kededua masjid suci - yang selalu mengambil tangungjawab membantu Muslim menjalankan ibadah dan apa yang mereka perlukan," ujar Encik Saad.



Beliau berkata demikian kepada Berita Harian selepas dikunjungi rombongan Singapura yang diketuai Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Ehwal Luar) Dr Mohamad Maliki Osman, bagi merakam penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi di pejabat kedutaan itu di Penang Road.



Dr Maliki diiringi oleh Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram; Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Haji Abdul Razak Maricar; mantan Mufti, Shaikh Syed Isa Semait; dan imam Masjid Ba'alwie, Habib Syed Hassan al-Attas.



Semasa pertemuan itu, Dr Maliki memberitahu Encik Saad bahawa Ramadan, menerusi pengagihan dan perkongsian kurma percuma dari Arab Saudi, menghidangkan peluang keemasan bagi mengukuhkan lagi silaturahim bukan sahaja sesama Muslim di sini, malah mengeratkan lagi hubungan Muslim dengan masyarakat bukan Muslim di Singapura.



"Terima kasih atas kemurahan hati ini. Ia sangat membantu dan dapat dimanfaatkan pelbagai golongan masyarakat dengan rasa penuh rahmat. Singapura sangat menghargai pemberian ini kerana ia bukan sahaja mengukuhkan lagi hubungan kerajaan Arab Saudi dengan Singapura, malah antara masyarakat kededua negara.



"Pengagihan kurma ini bukan hanya di kalangan masyarakat Islam setempat, bahkan kepada masyarakat bukan Islam. Ini tentunya membantu mengukuhkan lagi ikatan hubungan dalam masyarakat berbilang kaum Singapura. Justeru kurma juga boleh menjadi simbol dan lambang bagi perpaduan kaum," ujar Dr Maliki.



Menurutnya, kurma itu turut dimanfaatkan oleh pekerja asing Islam yang bekerja di sini, yang berbuka di masjid- masjid Singapura semasa iftar.



Habib Hassan berkata sejak lebih dua dekad lalu, warga Singapura menikmati kurma percuma dari Arab Saudi sempena Ramadan.



Bagi Ramadan tahun ini, 43 tan kurma dari Madinah tiba di Singapura.



Dr Maliki dan Habib Hassan turut menghadiahkan cenderahati kepada Encik Saad yang melahirkan rasa kagum dengan tradisi yang berterusan lebih dua dekad itu.



Jumlah kurma yang dihadiahkan ke Singapura dari Arab Saudi meningkat daripada 20 tan kepada lebih 40 tan sejak 1993.



Sebahagian kurma mula diagihkan ke masjid-masjid dan badan Melayu/Islam pada hari ini mulai 11 pagi hingga 6 petang. Orang ramai boleh mengambil kurma di Masjid Ba'alwie di Lewis Road bermula 10 pagi esok.



Sekitar Ramadan:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >