Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

"Saya sangat berterima kasih kepada semua yang membuat sumbangan"

May 19, 2014 | 06:07 PM



TIDAK dapat disangkal, rakyat Singapura rata-rata sering memperlihatkan sifat perpaduan dan keluhuran untuk membantu mereka yang lebih memerlukan.


Minggu lalu, Cik Siti Mariam Ishak, telah menjadi penerima sumbangan yang datang mencurah-curah untuk membantu keluarganya.


Cik Mariam, yang kehilangan suaminya akibat satu kemalangan jalan raya dua minggu lalu, amat terharu dengan sumbangan yang diberikan kepadanya.


Sebuah kumpulan tertutup di Facebook (FB), 3R Recycle Group, telah mengumpulkan barangan keperluan bayi seperti botol susu, baju, kereta sorong dan anduh bayi (baby sling) dan memberikan kepada beliau yang hamil lima bulan.


Selain kumpulan itu, beliau juga menerima bantuan dari individu manakala beberapa badan juga melahirkan hasrat untuk membantu.


"Saya sangat berterima-kasih kepada semua yang membuat sumbangan, lebih-lebih lagi kerana saya tidak mengenali mereka.


"Bukan hanya orang Melayu sahaja yang menghadiahkan barang-barang kepada saya, sumbangan daripada kaum lain juga ada.


"Saya amat bersyukur," kata Cik Mariam ketika dihubungi tadi.


Keluarga beliau juga telah mendapat sumbangan lain, selain keperluan bayi.


"Beberapa kali, pegawai penghantaran mengirim beras dan barang dapur ke rumah saya.


"Namun, saya tidak pasti siapa pula yang memberi barang-barang itu semua kepada keluarga saya kerana tiada sebarang nama atau pengenalan disertakan bersama kiriman," sambung beliau.


Walaupun demikian, Cik Mariam berbesar hati menerima sumbangan tersebut.


Sebuah lagi kumpulan tertutup di FB, Giving a Hand to Siti Mariam, akan memulakan sumbangan wang setiap bulan kepada beliau bermula dari bulan Ogos.


Dalam pesanan beliau kepada kumpulan itu, Cik Mariam melahirkan rasa terima kasih kepada mereka yang sudi membantu.


Selain itu, beberapa badan kebajikan juga telah menghubungi Berita Harian dengan tujuan menghulurkan bantuan kepada keluarga beliau.


Namun, beliau tidak mahu mengambil kesempatan kebaikan orang lain dan menolak bantuan yang berterusan dalam jangka masa panjang.


"Saya rasa tidak perlulah berikan saya bantuan berterusan," pesannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >