Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sayap dewan pelepasan Terminal 2 dibuka semula

Oct 12, 2022 | 05:30 AM



SAYAP bahagian selatan dewan pelepasan Terminal 2 yang baru diubah suai di Lapangan Terbang Changi dibuka semula semalam.



Ini bermakna buat pertama kali sejak operasi Terminal 2 dan Terminal 4 digantung pada Mei 2020 di tengah-tengah jumlah penumpang yang merosot akibat pandemik Covid-19, kesemua empat terminal kini dibuka kepada penumpang.



Terminal 4 dibuka semula bulan lalu sementara operasi ketibaan di Terminal 2 telah sambung semula pada Mei lalu.



Penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ104 yang menuju ke Kuala Lumpur dan SQ706 yang terbang ke Bangkok merupakan penerbangan pertama untuk berlepas dari Terminal 2.



Secara keseluruhan, sebanyak 17 penerbangan SIA menuju ke Malaysia dan Thailand berlepas dari Terminal 2 semalam.



Ini diikuti dengan penerbangan SIA menuju ke destinasi Asia Tenggara yang lain mulai esok.



Mulai 18 Oktober, Air India (AI) dan Air India Express (IX) akan berpindah ke Terminal 2 untuk memulakan operasi.



Senarai syarikat penerbangan lain yang menggunakan Terminal 2 akan diumumkan nanti.



Semalam, penumpang dapat menikmati lebih banyak tawaran runcit dan pilihan makanan di terminal tersebut.



Sebanyak 25 cawangan dibuka, termasuk Lotte Duty Free dan Starbucks.



Dengan pembukaan itu, separuh daripada Terminal 2 sedia beroperasi.



Kerja ubah suai bagi sayap utara akan diteruskan, dan dijadualkan siap menjelang 2024, lapor akhbar The Straits Times.



Ini dijangka akan meningkatkan kapasiti yang ditampung Terminal 2 daripada 23 juta penumpang dalam setahun ke 28 juta setiap tahun.



Naib presiden eksekutif bagi pengurusan lapangan terbang Changi Airport Group (CAG), Encik Tan Lye Teck berkata:



"Changi telah mengharungi banyak sepanjang dua tahun lebih yang lalu dan kami gembira menyambut lebih ramai penumpang kembali.



"Kami ingin berterima kasih kepada penumpang kerana mereka sabar dan memahami.



"Kami juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh masyarakat lapangan terbang kerana bekerjasama dengan kami dalam perjalanan ini, dan atas daya tahan dan sumbangan mereka kepada Changi."



Semalam, pengendali darat Sats mula menghidangkan makanan dari Pusat Katering Dalam Penerbangan (Inflight) 1 mereka buat kali pertama dalam lebih dua tahun, yang akan membolehkan Sats memenuhi permintaan yang meningkat ekoran pemulihan perjalanan yang semakin rancak.



Pusat katering dalam penerbangan itu merupakan salah satu daripada dua kemudahan katering dalam penerbangan yang dikendalikan Sats di Singapura.



Kedua-duanya memenuhi permintaan lebih 80 peratus penerbangan di Lapangan Terbang Changi dan Lapangan Terbang Seletar.



Penerbangan dan makanan dalam penerbangan yang diurus Sats melepasi 50 peratus tahap prapandemik pada Jun.



Pengendali itu mahu meningkatkan kapasiti pengeluaran sebanyak 20 peratus menjelang 2025, yang bersamaan dengan 53 juta makanan dalam penerbangan dalam setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >