SBS Transit, SMRT masing-masing diberi $1.34j dan $504,000 kerana perbaiki masa tunggu bas

PENGENDALI pengangkutan awam SBS Transit dan SMRT mendapat ganjaran kerana memperbaiki masa menunggu bas mereka semasa satu uji periksa untuk menilai kekerapan perkhidmatan bas.

Uji periksa Rangka Kerja Kebolehpercayaan Perkhidmatan Bas (BSRF) itu, yang berjalan dari Jun hingga November tahun lepas, meliputi 34 perkhidmatan bas, dengan 27 mencapai masa menunggu lebihan lebih baik daripada garis dasar.

Masa menunggu lebihan ialah masa menunggu tambahan purata yang dialami penumpang di perhentian bas.

Kerana memperbaiki kebolehpercayaannya semasa tempoh uji periksa enam bulan itu, SBS Transit memperoleh $12,440 setiap perkhidmatan sebulan bagi 18 perkhidmatan, manakala SMRT dihadiahkan setiap perkhidmatan sebulan bagi tujuh perkhidmatan.

Secara keseluruhan, SBS Transit mendapat kira-kira $1,340,000, manakala SMRT $504,000.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata penumpang mendapat manfaat memandangkan masa menunggu lebih tetap dan muatan bas dibahagi lebih sama rata, hasul usaha kedua-dua pengendali "meningkat tahap pengurusan kumpulan bas dan mengambil lebih ramai pengawal perkhidmatan".

Dibawah BCRF, yang perkenal pada Februari 2014, pengendali didenda jika berlaku kemerosotan dalam kebolehpercayaan mereka.

Sementara itu, 800 daripada kumpulan 1,000 bas awam yang dibiayai oleh cukai telah beroperasi sejak 31 Mac, kata LTA berkata dalam maklumat terkininya.

Kumpulan penuh, di bawah Program Peningkatan Perkhidmatan Bas (BSEP) yang menelan belanja $1.1 bilion, dijangka beroperasi menjelang tahun depan.

The BSEP, bersama BSRF, bertujuan meningkatkan kekerapan ketibaan bas.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.