Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF: Kes kebakaran catat paras terendah dalam 20 tahun

Feb 13, 2014 | 02:47 PM



KES kebakaran di sini mencatat paras terendah dalam tempoh 20 tahun, dengan sejumlah 4,136 kes direkodkan tahun lalu berbanding 4,485 kes pada 2012.


Membentangkan perangkaan tahunannya hari ini, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) bagaimanapun menarik perhatian terdapat peningkatan pada kes kebakaran di gudang dan di rumah-rumah privet.


Jumlah gudang yang terbakar meningkat tiga kali ganda, dari tujuh pada 2012 kepada 21 kes tahun lalu.


Bagi kebakaran di rumah privet, seperti kondominium dan banglo pula, jumlah kes meningkat kira-kira seperlima, dari 133 kepada 159 kes.


Lebih separuh atau 54.4 peratus kes kebakaran tahun lalu berpunca daripada 'cetusan api', yang merujuk kepada pembuangan bahan mudah terbakar secara sembarangan seperti putung rokok dan lidi pembakar.


Pihak SCDF juga menyatakan, jumlah Notis Amaran Bahaya Kebakaran yang dikeluarkan tahun lalu adalah lebih rendah, kurang 38 berbanding tahun sebelumnya dan jumlah Notis Kesalahan Keselamatan Kebakaran yang dikeluarkan juga adalah lebih rendah, kurang 231 tahun lalu berbanding tahun sebelumnya.


Kemerosotan pada notis yang dikeluarkan adalah "menggalakkan" kerana ia menggambarkan orang ramai "punya kesedaran lebih tinggi" terhadap keselamatan kebakaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >