PASUKAN Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menggiatkan usaha melibatkan masyarakat dalam membentuk negara yang bersedia menghadapi kecemasan. Ini sebahagian daripada usaha SGSecure atau usaha "membina Singapura yang selamat".
SCDF juga akan menggunakan inovasi sebagai strategi bagi mencapai visinya menjadikan Singapura "sebuah negara penyelamat nyawa'' menjelang 2025.