SCDF sedang lawan api di C K Building di Tampines

ANGGOTA bomba sedang berusaha melawan api yang membara di C K Building di Tampines Street 92.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata dalam laman Facebook pada kira-kira 2.45 petang bahawa api "membara di Tingkat 3 & 4 No. 39, Tampines Street 92".

Ia menggunakan enam jet air di bahagian luar bangunan untuk memadamkan api. Lima kereta bomba, dua Red Rhino, dua motosikal bomba, 12 kenderaan sokongan dan dua ambulans dikerah ke tempat kejadian.

Menurut saksi, asal asap boleh dilihat dari kawasan sekitar, termasuk Bedok North, kawasan Bayshore dan dari sejauh Kallang.

Difahamkan kebakaran bermula pada kira-kira 1.50 petang dan seluruh bangunan kelihatan dijilat api.

Menurut pekerja di bangunan itu, penggera dihidupkan dan mereka meninggalkan bangunan tersebut sekitar 1.50 petang.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
7:00
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 35
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.