Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SCDF selamatkan wanita dari kanal Bukit Panjang

Mar 10, 2021 | 11:02 PM



SEORANG wanita dengan wajah tersembam ke bumi di bawah kanal di Bukit Panjang telah diselamatkan, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam lampiran pos Facebook pada Rabu malam (10 Mac).



SCDF menjelaskan, ia menerima panggilan meminta bantuan berhampiran Blok 510, Jelapang Road pada 5.50 petang Rabu.



Pasukan bomba dari Stesen Bomba Bukit Batok telah memasukkan tangga ke dalam kanal besar itu sejurus mereka tiba di tempat kejadian.



Kru Khidmat Perubatan Kecemasan SCDF kemudian memeriksa wanita yang dikatakan cedera di kepala, pinggul dan kaki.



Pasukan bomba dan penyelamat daripada Pasukan Bantuan dan Penyelamat Bencana dengan berhati-hati mengangkat wanita itu dan meletakkannya di atas pengusung serta menyelamatkannya menggunakan sistem pengangkat, tambah SCDF.



Lebih 10 pegawai terlibat dalam operasi menyelamat itu.



Wanita itu kemudian digegaskan ke Hospital Universiti Nasional. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >