Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Schooling jadi inspirasi Aisyah

Aug 18, 2016 | 05:30 AM



BELIAU mungkin pulang dari Rio Brazil tanpa sebarang pingat, namun pengalaman bertanding dalam Sukan Olimpik telah memberi ratu sukan mendayung negara Saiyidah Aisyah Mohamed Rafa'ee tekad baru mahu terus mengharumkan nama Kota Singa ini di persada antarabangsa.



Kejayaan teman seperjuangannya Joseph Schooling yang memenangi pingat emas di kolam renang juga menjadi sumber inspirasi bagi Aisyah, bahawa dengan azam, kerja keras dan doa, tiada yang mustahil untuk dicapai.



Saingan Aisyah di Rio tamat di peringkat suku akhir dengan kedudukan ke-23 antara 32 peserta.



Dalam wawancara eksklusif dengan Berita Harian (BH) di Rio sebagai menggulung penyertaannya di Sukan Olimpik, atlit berusia 28 tahun itu berkata matlamat beliau seterusnya adalah membawa pulang pingat emas di Sukan Asia di Jakarta-Palembang pada 2018.



Lantaran itulah, beliau akan langsung pergi ke Sydney, Australia, bagi memulakan latihan, dan hanya akan kembali ke Singapura lewat tahun ini.



"Semasa saya mewakili negara di Sukan SEA buat pertama kali pada 2005, saya tidak pernah terfikir akan ke Sukan Olimpik. Sememangnya, tiada yang mustahil," kata beliau.



Laporan lanjut: Tiada rehat buat Aisyah selepas Rio




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >