PENGARAH sebuah kolej Islam setempat, Encik Damanhuri Abas, diperkenalkan Parti Demokratik Singapura (SDP) sebagai antara bakal calonnya dalam pilihan raya akan datang.
Encik Damanhuri, 45 tahun, merupakan antara dua calon yang diperkenalkan pengerusi SDP, Encik Jeffrey George, dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat SDP di Ang Mo Kio semalam.