Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebahagian Kawasan Sivik, CBD 'bebas kereta' pagi Ahad tahun depan

Dec 29, 2015 | 03:23 PM



LEMBAGA Pembangunan Semula Bandar (URA) merancang melancarkan 'Ahad bebas kereta' di bahagian-bahagian Kawasan Sivik dan Kawasan Pusat Bandar (CBD) Perniagaan Daerah bermula 28 Februari depan.


Di bawah program perintis selama enam bulan, URA telah mengenal pasti beberapa jalan yang akan ditutup dari 7 hingga 9 pagi pada Ahad terakhir setiap bulan.


Jalan-jalan terlibat, termasuk keseluruhan kawasan sekitar Padang dan sebahagian Fullerton Road, Shenton Way dan Robinson Road, akan membentuk laluan basikal dan jalan kaki sepanjang 4.7 kilometer.


Kegiatan senaman beramai-ramai dan masyarakat pula akan diadakan di Taman Esplanade dan Maharani Lawn dengan bantuan Lembaga Taman Negara (NParks), Lembaga Penggalakan Kesihatan dan SportSG semasa 'Ahad bebas kereta', menurut satu tender yang dikemukakan URA.


Sebahagian Connaught Drive dan St Andrew's Road di sekeliling Padang akan kekal ditutup hingga tengah hari untuk membolehkan pengunjung meneroka zon aktiviti yang berbeza.


URA sedang mempelawa syarikat pengurusan acara tempatan dan antarabangsa membuat tawaran bagi menjalankan acara tersebut. Tender akan ditutup pada 11 Januari.


Sekarang terdapat sembilan zon bebas kereta yang ditetapkan oleh URA yang berkuat kuasa pada hari-hari tertentu dan pada waktu yang ditetapkan.


Sebagai contoh, sebahagian Orchard Road ditutup pada Sabtu pertama setiap bulan dari 6 petang hingga 11 malam bagi acara Malam Pejalan Kaki.


Sebahagian daripada kawasan Kampong Glam, seperti Haji Lane dan Bussorah Street, bertukar menjadi jalan pejalan kaki sahaja setiap Jumaat (6 petang hingga 12 tengah malam) dan pada hujung minggu (12 tengah hari hingga 12 tengah malam).


URA akan mengkaji semua inisiatif 'Ahad bebas kereta' selepas enam bulan untuk memutuskan apakah jalan raya di kawasan-kawasan tertentu boleh ditutup secara tetap pada hujung minggu untuk membolehkan kegiatan kemasyarakatan dan sukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >