Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sebahagian pelanggan DBS boleh elak bayaran tukaran asing jika belanja di luar negara

Jan 18, 2017 | 03:06 PM



SEBAHAGIAN pemilik Kad Debit Visa DBS kini boleh berbelanja di luar negara dalam mata wang tempatan negara yang dikunjungi, sekali gus mengelakkan tukaran asing dan bayaran tukaran yang tinggi.



Ini boleh berlaku jika kad debit Visa mereka dihubungkan dengan Akaun Pelbagai Mata Wang DBS (MCA).



Dengan khidmat baru itu - dikatakan yang pertama seumpama itu di Asia Tenggara - pemegang Kad Debit Visa DBS boleh pra-beli mata wang destinasinya. Jumlah itu kemudian boleh dibelanjakan di luar negara melalui kad debit tersebut.



Penjimatan itu umumnya dinikmati mereka yang memilih berbelanja menggunakan dolar Singapura dalam urus niaga di luar negara atau laman web di luar negara, yang biasanya mengenakan caj tambahan 7-15 peratus bagi proses penukaran mata wang dinamik, kata DBS semasa mendedahkan khidmat itu pada Rabu (Jan 18).



Pada 2016, kira-kira 10 peratus daripada bayaran oleh pemegang kad Debit Visa DBS adalah transaksi luar negara yang dibuat dalam dolar Singapura.



"Pelanggan yang memilih membayar dalam mata wang tempatan juga dapat mengelakkan sebarang caj tambahan seperti bayaran tukar asing dan lain-lain caj tukaran," kata bank itu.



Kadar tukaran dolar Singapura kepada mata wang pada MCA adalah sangat kompetitif. Pengguna boleh berurus niaga bila-bila masa dan di mana sahaja yang mereka mahu kerana ia juga boleh didapati pada aplikasi telefon bimbit. Ini akan menawarkan kebebasan untuk memilih titik harga terbaik, kata Ketua Perbankan Pengguna DBS Jeremy Soo.



Dilancarkan pada 2014, kini terdapat lebih 200,000 pemegang akaun.



Bagi pengguna menikmati khidmat Kad Debit Visa DBS yang baru, MCA mesti dihubungkan dengan kad sebagai akaun utama. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >