DOKTOR yang membayar ejen pihak ketiga sebahagian peratusan daripada bayaran yang dikenakan kepada pesakit dianggap melanggar kod etika perubatan baru yang akan berkuat kuasa bulan depan, kata Majlis Perubatan Singapura (SMC).
Presiden SMC, Profesor Tan Ser Kiat, mengeluarkan makluman kepada semua doktor semalam bahawa "bayaran yang berdasarkan sebahagian peratusan daripada bayaran yang dikenakan doktor ke atas pesakit mungkin boleh ditafsirkan sebagai bentuk pemisahan bayaran".