Pengasas dan Pengarah Urusan Pusat Pendidikan SimplyIslam, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur; Pengurus Besar Qiswah, Encik Muhammad Khalid Ibrahim; dan Pengerusi Critical Xchange, Dr Mohamed Nawab Mohamed Osman ialah tiga nama yang pernah menjejaki pelarian Syria di Turkey. Mereka antara relawan negara ini yang banyak menabur jasa demi kepentingan rakyat Syria yang menjadi pelarian akibat perang dan kegiatan militan di sana. Ikuti laporan NIZAM ISMAIL (nizam@sph.com.sg).
ENCIK Mohamed Nassir Abdul Sukkur menitiskan air mata sebaik sahaja melihat seorang anak Syria yang berusia lapan tahun menjadi yatim piatu setelah ibu bapanya terbunuh di depan matanya sendiri.