Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Seharian berjemur, semangat berpuasa tidak lentur

Jun 13, 2017 | 05:30 AM



Ramadan masa umat Islam berkumpul bersama keluarga untuk bersahur, berbuka dan mendirikan solat tarawih. Namun, ada Muslim terpaksa berjauhan daripada keluarga demi mencari rezeki di negara orang. NUR HUMAIRA SAJAT (nhumaira@sph.com.sg), PUTRI MARDHIYAH YAZID (yputri@sph.com.sg) dan NUR FATHIN AWALLUDIN (nfathin@sph.com.sg) bertemu beberapa warga asing yang menyambut Ramadan di sini.



BELIAU bermandi peluh dari selepas subuh hingga maghrib setiap hari pada Ramadan.



Namun, meskipun harus berjemur di bawah terik mentari untuk mencari rezeki bagi keluarganya, semangatnya menjalani ibadah puasa tidak lentur sedikit pun.



Sebaliknya, Ramadan bulan teramat istimewa bagi Encik Ruhul Amin Idris, 29 tahun pekerja binaan asal Bangladesh ini.



Seorang mekanik, beliau sudah bekerja di Singapura selama 10 tahun.



Menurutnya, walaupun cuaca panas di Singapura membuat pekerjaannya agak mencabar pada Ramadan, beliau tetap mempunyai tenaga untuk bertahan.



"Selagi hati kita senang dan gembira, tidak ada apa- apa yang terlalu susah untuk dicapai.



"Ramadan istimewa. Saya suka bulan ini. Oleh itu, saya tidak berasa sangat letih," ujar Encik Ruhul Amin.



Sewaktu baru tiba di Singapura pada usia 19 tahun, beliau mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan keadaan di sini.



"Sebelum saya ke Singapura, saya tidak mempunyai pekerjaan di Bangladesh. Oleh itu, apabila saya ke Singapura dan perlu bekerja sambil berpuasa, ia agak mencabar.



"Namun, saya bangga dengan diri saya kerana dapat mengatasinya pada bulan mulia ini dan kini saya reda dan gembira," kata Encik Ruhul Amin.



Semasa ditemui Berita Harian (BH) di bilik dormitorinya pada 4.30 pagi baru-baru ini, Encik Ruhul dan 11 rakan sebiliknya sudah pun menyiapkan juadah sahur untuk dimakan bersama.



Menurut Encik Ruhul, mereka bangun pada 3 pagi setiap hari untuk memasak bersama.



"Selalunya, kami makan sarapan sendiri-diri secara berasingan. Hanya pada bulan ini kami masak bersama dan makan bersama. Kami juga memastikan makanan yang dimasak cukup supaya kami semua dapat bertahan sepanjang hari," katanya.



Encik Ruhul menambah bahawa semangat berkongsi makin terserlah pada bulan Ramadan.



"Kami kumpul wang dan beli bahan masak bersama. Ini mempererat lagi hubungan antara kami," katanya.



Perpaduan dan silaturahmi antara mereka juga turut terjalin menerusi solat jemaah yang mereka lakukan.



Tempat tinggal mereka di The Leo, di Kaki Bukit Road 3, di bawah MES Group, menyediakan khemah khas pada Ramadan supaya pekerja asing Islam dapat mendirikan solat jemaah.



"Bulan ini amat mulia dan ia peluang bagi kita orang Islam membuang yang keruh dan perbaiki diri kita," kata Encik Ruhul penuh semangat.



Seawal 6.40 pagi, Encik Ruhul dan pekerja asing lain perlu menaiki pengangkutan untuk berangkat ke tempat kerja masing-masing.



Pada sekitar 7 malam, beliau akan kembali untuk beriftar bersama pekerja asing Islam lain.



Meskipun menjalani rutin hariannya sambil berpuasa dengan senang hati, Encik Ruhul mengatakan bahawa beliau tetap merindui keluarganya, lebih-lebih lagi menjelang Hari Raya.



"Saya ke sini mencari rezeki kerana keluarga saya miskin. Hari Raya sudah tentu lebih meriah jika saya bersama keluarga, tetapi hati saya terpujuk kerana saya dapat kumpul duit di sini.



"Buat masa sekarang, saya fokus mencari rezeki dan selepas itu barulah saya boleh pulang dan berada di samping mereka," ujarnya, yang sudah berumah tangga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >