Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sehati 'sejahit': Pasangan garap kemahiran buat baju di CC

Dec 17, 2017 | 05:30 AM



DARI kecil hingga dewasa, Encik Zaini Jerma'ain melihat ibunya menyara hidup keluarga dengan mengambil upah menjahit pakaian.



Arwah ibunya dikenali orang ramai sebagai mak cik jahit di Kampung Tani dekat Bukit Timah dulu.



Daripada situ, tercetus minat Encik Zaini, 56 tahun, mahu belajar menjahit.



Setelah sekian lama mencari kelas menjahit, beliau kini mengikuti kursus SkillsFuture@PA: Menjahit Pakaian di Kelab Masyarakat Pasir Ris East bersama isteri Rohana Amin, 54 tahun.



Mereka juga memanfaatkan Kredit SkillsFuture bagi membiayai kursus tersebut.



"Saya sebenarnya sudah lama mencari kursus ini. Kebetulan saya lihat ada kursus di sini dan saya daftar bersama isteri," kata penyelia operasi itu.



Dalam kursus itu, Encik Zaini dan Cik Rohana, ibu bapa tiga anak berusia antara 21 dengan 28 tahun - belajar pelbagai kemahiran berkaitan menjahit pakaian, seperti mengukur badan, membuat lakaran ukuran, cara memotong kain dan membuat tiga jenis pakaian, iaitu skirt, blaus dan baju panjang.



Bagi Cik Rohana, kursus itu seakan kursus ulang kaji, memandangkan beliau pernah belajar menjahit bersama rakan-rakan sebelum ini.



Namun, bagi Encik Zaini, ini pengalaman baru, lebih-lebih lagi kerana beliau satu-satunya lelaki di dalam kelas.



"Pada mulanya, saya rasa malu dan segan sebab semuanya perempuan. Mencabar juga pada mulanya. Isteri pun ada kacau saya sebab kadangkala, apa yang saya belajar itu, saya lupa. Tapi isteri pun ada membantu," katanya.



Walaupun sudah menyertai hanya beberapa sesi kursus itu, mereka mampu menjahit beberapa helai pakaian sendiri.



Malah, semasa menemui wartawan Berita Minggu, mereka memakai baju dijahit sendiri.



Encik Zaini turut menyingkap pengalaman menjahit baju pertamanya. 'Karya' itu tidak menjadi kerana ukuran pada baju yang sepatutnya disambungkan dengan ukuran di bahagian lengan tidak sama, kongsinya.



Cik Rohana pula terkejut suaminya berminat belajar menjahit, namun gembira beliau mahu meraih kemahiran baru.



Beliau menambah bahawa guru di kursus itu amat mesra dan banyak membantu.



Bahkan, semua peserta kursus itu ada kumpulan mesej WhatsApp bersama guru supaya mereka boleh bertanya sebarang soalan berkaitan jahit-menjahit di luar waktu kelas.



Encik Zaini berkata, dalam dunia yang sentiasa berubah hari ini, penting bagi seseorang menimba kemahiran baru.



"Meraih kemahiran baru ini suatu idea yang baik. Anda tidak tahu apa yang mungkin berlaku di masa depan.



"Setiap orang memerlukan kemahiran tambahan yang boleh dimanfaatkan sekiranya sesuatu berlaku," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >