Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekarang bukan masa beli saham, harga boleh jatuh lagi

Jan 11, 2016 | 02:53 PM



PENGANALISIS memberi amaran bahawa masih awal untuk mula mencari saham murah di bursa tempatan, walaupun selepas kejatuhan 4.6 peratus minggu lalu.


Sebahagian daripada mereka berasa pasaran mungkin kekal tidak menentu dan boleh jatuh lagi.


Selepas empat hari berturut-turut jatuh banyak, Indeks Straits Times (STI) pulih 0.8 peratus kepada 2,751.23 mata pada Jumaat lalu (8 Jan).


"Tetapi ini mungkin hanya pantulan teknikal - ia boleh turun lagi pada Isnin," kata remisier Desmond Leong, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.


"Memasuki pasaran sekarang lebih merupakan satu perjudian daripada satu pelaburan."


Sentimen beliau disuarakan juga oleh pedagang kanan Lee Choong Kit di Phillip Futures, yang menasihati pelabur supaya berhati-hati.


"Prestasi pasaran saham China akan terus menjejaskan STI minggu depan," katanya.


Data ekonomi hasil dalam negara kasar (DGP) China, pengeluaran perindustrian dan jualan runcit dijangka dikeluarkan pada 19 Januari. Angka mengecewakan boleh menyebabkan satu lagi jualan saham besar-besaran, kata Encik Lee.


Kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat tahun ini juga boleh menimbulkan cabaran, katanya.


Kelembapan di China telah memberi kesan besar ke atas saham tempatan, terutamanya pelancongan dan hartanag, kata Encik Alex Wijaya, seorang pedagang bersama CMC Markets Singapore.


Juga, harga minyak yang lemah telah melihat beberapa saham komoditi jatuh hampir separuh harga.


"Tetapi ia masih bukan nilai yang baik untuk dibeli buat masa ini," kata Encik Wijaya. "Kita perlu melihat bagaimana keadaan berkembang.


"Jika China berjaya menstabilkan ekonomi, mungkin ada sinar harapan untuk permainan dan harta. Jika tidak, akan ada penurunan seterusnya dan saham akan jatuh lagi."


"Kita perlu lihat tanda-tanda lebih jelas sebelum kita mencari peluang," tambah beliau.


Encik Leong berkata sekarang buklan lagi tentang penilaian syarikat individu tetapi Amerika dan China.


Selagi dua negara itu kekal lemah, sukar bagi pasaran saham Singapura meningkat semula, katanya.


"Rasanya seolah-olah (kejatuhan" baru sahaja bermula dan bukannya berakhir," ujar Encik Leong.


Beliau berkata mereka yang masih berminat memasuki pasaran walaupun terdapat ketidaktentuan, boleh menimbangkan saham berdaya tahan dari segi ekonomi seperti telekomunikasi dan utiliti.


Amanah pelaburan hartanah mungkin boleh menjadi pilihan juga, walaupun terdapat risiko kenaikan kadar faedah Amerika lagi, katanya.


"Terdapat terlalu banyak faktor yang boleh menjejas keadaan  - lebih baik tunggu dan lihat sahaja."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >