Sekatan minum arak di Pusat Makanan Tekka dipanjangkan

POLIS menjelaskan pada Rabu (27 Jul) mengapa ia memutuskan mengenakan sekatan lebih tegas terhadap perbuatan minum arak pada Ahad malam di Pusat Makanan Tekka.

Mulai 1 Ogos, pemilik gerai minuman dibenarkan menjual arak hanya dari 6 pagi hingga 6 petang pada Ahad, dan bukan dari 6 pagi hingga tengah malam yang dibolehkan sekarang.

Pegerai diberi surat memaklumkan mengenai perubahan itu Jumaat lalu.

Polis berkata ia menerima maklum balas tentang "kumpulan peminum arak besar dalam kawasan terbatas" di pusat itu pada Ahad malam, sambil menambah mereka boleh "menimbulkan ancaman undang-undang dan ketenteraman".

Polis membuat keputusan mengenakan sekatan itu selepas berunding dengan penduduk, pemilik perniagaan dan agensi lain.

Polis berkata sejak Akta Kawalan Liquor dilaksa tahun lepas, ia "menerima maklum balas positif daripada rakan masyarakat dan penduduk bahawa langkah itu... berkesan dalam mengekalkan ketenteraman awam dan mencegah keburukan di kebanyakan kawasan perumahan".

Sementara itu, pemilik gerai di pusat makan tersebut menandatangani surat rayuan kedua pada Selasa, meminta sekatan itu dimulakan pada 10 malam dan bukan 6 petang.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 29
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.