Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekilas

Jul 19, 2016 | 05:30 AM



Puluhan ikan mati dijumpai di jeti Lim Chu Kang



PULUHAN ikan mati dilihat di jeti Lim Chu Kang semalam.



Apabila The Straits Times melawat tempat kejadian, ikan dilihat sama ada terapung atau dibawa arus bersama-sama dengan botol air dan sampah yang lain di sepanjang pantai.



Terdapat bau busuk dipercayai berpunca daripada kawasan itu dan beberapa beg plastik hitam di dalam tong sampah berhampiran.



Sebuah bot dipercayai milik agensi pemerintah dilihat berlabuh di jeti dan dipercayai membuat pemeriksaan.



The Straits Times juga melaporkan bahawa ia turut menemui ikan mati di Sungei Buloh Wetland Reserve tetapi dalam jumlah yang lebih kecil berbanding di kawasan Lim Chu Kang.



Ini bukan kali pertama kematian ikan besar-besaran di sebuah taman atau takungan di sini.



Pada Julai lalu, beratus-ratus ikan mati dilihat di Taman Bishan-Ang Mo Kio, dipercayai akibat cuaca panas dan kering.




Universiti Adelaide, Ngee Ann Kongsi tamatkan usaha sama



UNIVERSITI Adelaide dan Ngee Ann Kongsi akan menamatkan usaha sama mereka iaitu Pusat Pendidikan Ngee Ann-Adelaide (NAAEC) di Singapura.



Buat masa ini, NAAEC mempunyai lebih 700 pelajar yang mengikuti program perniagaan, kewangan, perdagangan, kejururawatan, pendidikan, pengurusan projek dan sains komputer yang mendapat pentauliahan daripada universiti tersebut, menurut kenyataan media yang dikeluarkan semalam.



Kohort terakhir seramai 90 pelajar akan bermula penggal ini dan pusat pendidikan itu berhenti mengambil masuk pelajar baru mulai semalam.



Universiti Adelaide juga sudah mengalihkan tumpuannya kepada pembelajaran berdasarkan kumpulan fokus yang lebih kecil.



Universiti itu akan bekerjasama dengan setiap pelajar Ogos ini bagi membangunkan pelan akademik termasuk menyemak semula kursus mereka, jadual pensyarah dan pilihan pembelajaran.



Sepanjang tempoh 18 tahun, NAAEC berjaya menghasilkan lebih 2,500 siswazah yang lulus dengan ijazah dari Universiti Adelaide.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >