Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekilas

Oct 06, 2022 | 05:30 AM



Masa penggal, waktu rehat institut pengajian tinggi perlu fleksibel



INSTITUT pengajian tinggi harus beralih daripada masa penggal dan waktu rehat yang tidak fleksibel, kata Menteri Pendidikan Encik Chan Chun Sing, semalam.



"Bahagian penting dalam pembelajaran pada peringkat itu ialah latihan amali, dan kalendar akademik yang tidak fleksibel kurang sesuai dipadankan dengan peluang-peluang latihan pekerjaan oleh syarikat yang mengambil bahagian.



"Syarikat ingin mempunyai pelatih mengikut keperluan perniagaan mereka, bukannya bergantung pada kalendar akademik," katanya kepada Parlimen. "Jadi kita perlu mengambil kira semua keperluan yang berbeza ini."



Menjawab soalan Dr Wan Rizal Wan Zakariah (GRC Jalan Besar) sama ada Kementerian Pendidikan boleh menyelaraskan cuti semester politeknik dengan cuti sekolah sekolah rendah dan menengah, Encik Chan berkata pada masa ini tiada rancangan untuk berbuat demikian.



Basikal boleh sertai program mesra alam



SKIM baucar bertujuan mengimbangi kos peralatan cekap tenaga untuk isi rumah yang tinggal di rumah pangsa satu hingga tiga bilik boleh menyaksikan penambahan baru, kata Encik Baey Yam Keng, Setiausaha Parlimen Kanan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran, semalam.



Basikal boleh ditambah ke senarai yang meliputi program Isi Rumah Mesra Iklim, yang kini sedang disemak oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Air Negara PUB, kata Encik Baey kepada Parlimen.



Program ciri keselamatan di rumah warga emas sedang dikaji



SATU program yang menyediakan ciri keselamatan kepada warga emas di rumah mereka sedang dikaji oleh pemerintah, yang akan mengkaji untuk memasang lebih banyak kemudahan untuk meningkatkan keselamatan dan mobiliti di rumah tersebut.



Ini dinyatakan Menteri Negara Pembangunan Negara, Encik Muhammad Faishal Ibrahim di Parlimen semalam, sebagai menjawab soalan Cik Jessica Tan (GRC East Coast) mengenai apa yang pemerintah akan lakukan untuk menyokong warga emas dan mereka yang mempunyai masalah mobiliti dan tinggal di flat.



Profesor Madya Faishal berkata, Pemerintah kini sedang mengkaji semula program Skim Program Peningkatan bagi Warga Emas yang Aktif (Ease), "untuk teroka penyediaan kemudahan tambahan untuk meningkatkan lagi keselamatan dan mobiliti warga emas di dalam rumah flat mereka".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >