Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Sekilas

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



'Hotline' keganasan keluarga terima lebih banyak pertanyaan



PERKHIDMATAN Perlindungan Orang Dewasa (APS) dan Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak (CPS) menerima jumlah pertanyaan yang lebih tinggi pada 2020 dan 2021 berbanding sebelum pandemik Covid-19 dari 2017 hingga 2019.



Berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Encik Dennis Tan (Hougang) di Parlimen semalam, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Cik Sun Xueling, turut berkongsi perangkaan jumlah pertanyaan yang diterima APS dan CPS.



Cik Sun berkata APS menerima 1,196 pertanyaan pada 2020 dan 1,948 pertanyaan pada 2021.



Sementara itu, CPS menerima 5,223 pertanyaan pada 2020 dan 6,513 pertanyaan pada 2021.



Tambahnya, ada di antaranya merupakan pertanyaan umum dan tidak melibatkan kejadian keganasan keluarga.



Cik Sun juga berkata kempen pendidikan telah meningkatkan kesedaran tentang keganasan keluarga dan domestik, sedang lebih banyak saluran telah disediakan untuk melaporkan penderaan atau pengabaian yang disyaki dengan Talian Bantuan Antikeganasan dan Gangguan Seksual Nasional (NAVH) yang dilancarkan pada Februari 2021.




Covid-19 di China: Tiada gangguan besar rantaian bekalan



SINGAPURA tidak menjangkakan sebarang gangguan besar dan berpanjangan terhadap rantaian bekalan bagi barangan asas di tengah situasi Covid-19 di China yang berubah-ubah.



Ini meskipun mungkin akan ada beberapa gangguan tempatan pada keupayaan penghasilan dan rantaian bekalan China.



Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, berkata demikian di Parlimen semalam semasa menjawab pertanyaan Cik He Ting Ru (GRC Sengkang).



Cik Low berkata syarikat Singapura bersedia bagi senario sedemikian kerana China telah mengenakan sekatan dari masa ke semasa sepanjang tiga tahun lalu di bawah dasar sifar Covid-19 mereka.



Import utama Singapura dari China termasuk elektronik, jentera, besi dan produk besi, yang biasanya digunakan oleh perusahaan dalam sektor perkilangan dan binaan.



Cik Low berkata kedua-dua sektor itu telah memperkukuh pelan kesinambungan perniagaan (BCP) mereka serta meningkatkan usaha mempelbagai pembekal dan membangunkan penampan inventori mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >