Sekolah ditutup esok ekoran jerebu capai paras bahaya

Pembelajaran di semua madrasah sepenuh masa dan tadika masjid digantung.

SEMUA sekolah rendah dan menengah ditutup esok ekoran keadaan jerebu yang semakin buruk di paras bahaya.

Pembelajaran di semua madrasah sepenuh masa dan tadika masjid pula digantung.

Namun, madrasah dan tadika masjid tetap dibuka bagi membolehkan ibu bapa yang tidak mempunyai penjagaan alternatif, menghantar anak mereka ke sekolah bagi pengawasan guru.

Tadika Kementerian Pendidikan (MOE) dan sekolah-sekolah khas juga ditutup manakala peperiksaan praktikal GCE peringkat 'O' yang dijadualkan esok pula ditangguh kepada 29 September.

Peperiksaan Praktikal Muzik dan Praktikal Muzik Tinggi itu menjejas lebih 100 pelajar terjejas, Mereka telah pun diberitahu menerusi pihak sekolah.

Bagi para ibu bapa yang tidak dapat membuat rancangan alternatif masih boleh terus menghantar anak-anak mereka ke sekolah, dengan guru-guru akan memantau mereka.

Bagaimanapun pusat-pusat penjagaan kanak-kanak dan tadika akan tetap dibuka kerana ibu bapa memerlukan penjagaan.

Kesemua Maktab Rendah, Instituisi Pusat, Instituisi Pendidikan Pos Menengah (PSEIs) seperti Universiti, Politeknik dan Institut Pendidkan Teknikal (ITE) juga akan terus dibuka. 

Semua ini dikongsi dalam satu sidang media oleh Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) petang tadi apabila kadar PSI melebihi paras 300.

Tempat kerja tetap akan beroperasi seperti biasa tetapi syarikat-syarikat dinasihatkan agar tidak mengambil ringan kesihatan pekerja terutama mereka yang bekerja di luar.

Mutu udara di Singapura mencapai paras bahaya apabila jerebu tebal dari hutan yang dibakar di Sumatera, Indonesia, menyelubungi negara ini.

Sehingga 8 malam tadi, Indeks Piawai Pencemaran (PSI) tiga jam mencapai 317, menurut laman Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).

NEA menambah keadaan berjerebu itu dijangka berterusan, malah memburukkan lagi mutu udara kerana angin diramalkan ditiup dari arah selatan tenggara atau selatan barat daya.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.