Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekolah menengah akan tawar 7 mata pelajaran amali baru

Oct 07, 2016 | 07:47 AM



TUJUH mata pelajaran baru, daripada robotik hingga sains sukan, akan menjadi sebahagian daripada trek GCE peringkat 'O' dan 'N' untuk memberi pelajar lebih banyak peluang pembelajaran amali.



Mata pelajaran itu, yang akan dilaksana dalam tempoh dua tahun akan datang, boleh diambil di lebih 60 sekolah menengah.



Elektronik dan pengkomputeran peringkat O akan bermula tahun depan, bersama tiga mata pelajaran Normal (Teknikal) - teknologi elektrik pintar, robotik mudah alih dan operasi runcit.



Pada 2018, drama, serta sain senaman dan dan sukan akan dimasukkan ke dalam kurikulum GCE peringkat O.



Mata pelajaran itu berbeza daripada mata pelajaran tradisional seperti matematik, misalnya. Fokus utama ialah mendedahkan pelajar kepada pembelajaran amali, yang mengintegrasikan pembelajaran dalam kelas dengan situasi dunia sebenar, kata seorang jurucakap Kementerian Pendidikan (MOE), lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (7 Okt).



Ini juga akan membolehkan pelajar membuat pilihan lebih baik mengenai kursus untuk terus diceburi selepas sekolah menengah.



Jurucakap itu berkata MOE bekerjasama dengan rakan kongsi industri, serta politeknik, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan universiti untuk memastikan kurikulum baru itu "relevan dan menarik".



Mata pelajaran yang memberi tumpuan pada pembelajaran amali disediakan sejak 2008, tetapi enam mata pelajaran itu, termasuk asas elektronik dan kajian reka bentuk, ditawarkan hanya kepada pelajar peringkat O.



Secara purata, 310 pelajar mengambil enam mata pelajaran itu setiap tahun sepanjang lima tahun lalu.



Kebanyakan mata pelajaran itu akan dihentikan tahun depan, kecuali pengajian bioteknologi dan reka bentuk yang ditawarkan di Sekolah Sains dan Teknologi Singapura.



Tujuh mata pelajaran amali baru itu akan diajar oleh guru di sekolah menengah mereka sendiri, dan ini membolehkan lebih ramai pelajar mengambilnya.



Guru sedang dilatih untuk mengajar mata pelajaran baru itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >