SEKOLAH Sukan Singapura akan menjalani semakan strategi untuk kekal relevan dalam sekitaran sukan yang berubah, sepuluh tahun setelah ia ditubuhkan.
Mengumumkannya semalam, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata semakan itu akan mengkaji bagaimana akademi sukan terbaik sedunia membentuk kurikulum akademik untuk memenuhi aturan latihan sukan yang intensif.