KESEDARAN tentang isu berkaitan persekitaran perlu bermula dari awal dan tempat yang terbaik untuk menyebarkan mesej penting itu ialah di sekolah.
Justeru Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata beliau gembira para pelajar di sekolah amat mementingkan isu tersebut kerana tugas melindungi dan memelihara persekitaran terletak bukan sahaja di tangan pemerintah, malah individu juga.