Seks dengan budak bawah umur: Pekerja pengiriman dijel 20 bulan

SEORANG pekerja pengiriman yang mengadakan hubungan seks tanpa perlindungan dengan seorang gadis berusia 15 tahun mahu memberinya "pil pengguguran" apabila mendapati remaja itu hamil.

Bagaimanapun, sebelum Nuzul Shamil Kassim, 24 tahun, dapat berbuat demikian, dia ditangkap polis.

Remaja itu kemudian menjalani pengguguran atas kehendaknya sendiri.

Pada Jumaat (19 Feb), Shamil dijatuhi hukuman penjara 20 bulan selepas mengaku bersalah bagi tiga tuduhan seks dengan budak bawah umur di flatnya di Jalan Tenteram pada Mei dan Julai tahun lalu.

Tujuh tuduhan lain, termasuk melakukan perbuatan tidak senonoh dengan remaja itu, diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Li Yihong memberitahu mahkamah mereka bertemu melalui seorang rakan April tahun lalu.

Pada minggu pertama Mei, remaja itu menyuruh Shamil menjadi "teman lelaki"nya dan dia bersetuju pada 10 Mei.

Shamil memberitahu polis dia bersetuju kerana "kasihan" akannya.

Antara 11 dan 22 Mei, dia menjemput remaja itu ke rumahnya dan memperkenalkannya sebagai "temanita"nya kepada adik perempuannya.

Remaja itu kemudian memutuskan bermalam di situ. Dia tidur di atas tilam bersama Shamil dan adiknya itu serta teman lelakinya.

Shamil membuka seluar remaja itu dan seluarnya semasa mereka berada dalam selimut, dan kemudian melakukan seks tanpa perlindungan.

DPP Li berkata selepas itu, remaja tersebut pergi ke rumah Shamil kira-kira sekali atau dua kali seminggu. Shamil memulakan hubungan seks dengan remaja itu setiap masa dia di rumahnya, dan pada sekurang-kurangnya satu ketika, dia membuat remaja itu melakukan seks oral terhadapnya.

Shamil memutuskan hubungan dengan remaja itu pada 8 Julai atas alasan dia menyukai budak itu "sedikit sahaja".

Apabila mendapati dirinya hamil, remaja itu memberitahu Shamil, yang mendapatkan bantuan adiknya untuk membeli "pil pengguguran" tetapi ditangkap sebelum sempat menyerahkannya kepada remaja tersebut.

DPP Li berkata kes itu diburukkan oleh perbuatan Shamil yang melakukan 10 kesalahan dalam tempoh singkat, dan ada elemen eksploitasi.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.