Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sektor pengilangan Singapura terus suram

Nov 04, 2015 | 02:57 PM



SEKTOR pengilangan Singapura terus suram bulan lalu, dengan pesanan baru dan pengeluaran terus mengecut.


Indeks Pengurus Pembelian (PMI) - satu petanda awal kegiatan pengilangan - mencapai 48.9 pada Oktober, naik hanya sedikit daripada 48.6 pada September.


Bacaan di bawah 50 menunjukkan penguncupan.


PMI yang dikeluarkan pada Selasa (3 Nov) itu - bulan keempat berturut-turut ia menguncup - terjejas oleh kemerosotan tempahan tempatan dan eksport, pengeluaran, inventori dan pekerjaan.


Data juga menunjukkan stok barangan siap terus meningkat, mencerminkan inventori tidak terjual semakin bertambah di tengah-tengah permintaan lemah, kata ahli ekonomi DBS, Encik Irvin Seah, laporkan akhbar The Straits Times pada Rabu.


Masalah sektor pengilangan Singapura, yang membentuk seperlima ekonomi negara ini, kelihatan lebih ketara daripada di negara lain di rantau ini di mana pengeluaran pengilangan telah menunjukkan tanda-tanda akan mantap.


PMI disusun oleh Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura daripada tinjauan ke atas 150 syarikat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >