PENGENDALI sektor penjagaan kanak-kanak perlu menggajikan 1,500 kakitangan lagi sepanjang dua hingga tiga tahun akan datang bagi memenuhi keperluan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, di Parlimen, semalam.
Menurut Encik Tan, meskipun ramai menyertai sektor tersebut, keadaan tenaga kerja bagi pengendali penjagaan kanak-kanak tetap ketat dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) mendapatinya mencabar untuk mengisi lowongan tersebut.