Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekurang-kurangnya 1 motosikal terlibat dalam nahas setiap 2 jam

Dec 07, 2016 | 09:17 AM



SEORANG menukar lorong dengan tiba-tiba dan secara berbahaya di lebuh raya, seorang lagi menggunakan telefon bimbit semasa memandu sebuah lori, manakala seorang lagi mengabai lampu trafik.



Mereka antara pemandu yang ditahan pada tengah hari Selasa (6 Dis) oleh pegawai Polis Trafik (TP) dalam kereta tidak bertanda dan yang menunggang motosikal hitam pusam, siap dengan memakai jaket hitam.



Pegawai daripada Pasukan Operasi Khas TP itu meronda di s Ekspreswe Ayer Rajah, Jalan buroh dan West Coast Highway untuk mencari pesalah trafik dalam usaha menghentikan kamalangan jalan raya yang meningkat.



Tumpuan khusus mereka ialah penunggang motosikal dan pemandu kenderaan berat.



"Penunggang motosikal sering mengalami kecederaan serius atau kematian semasa kemalangan kerana mereka tidak dilindungi kenderaan mereka.



"Sebaliknya, kenderaan berat lebih cenderung menimpakan kecederaan parah atau kematian apabila mereka terlibat dalam kemalangan," kata timbalan pegawai pemerintah Unit Rondaan TP John Chan.



Angka terkini TP menunjukkan setiap dua jam, sekurang-kurangnya seorang penunggang atau pembonceng motosikal terlibat dalam kemalangan, cedera mahupun terbunuh.



Terdapat 3,410 kemalangan serupa itu dari Januari hingga September lalu, meningkat 4.5 peratus daripada 3,264 dalam tempoh sama pada 2015.



Kemalangan melibatkan kenderaan berat juga meningkat pada separuh pertama tahun ini, dengan 463 kes dilaporkan, berbanding 435 pada Januari hingga Jun 2015.



Dari Januari hingga September tahun ini, pegawai TP mencatat kira-kira 4,500 pelanggaran peraturan - peningkatan tiga kali ganda berbanding pada tempoh sama tahun lalu.



Penguatkuasaan berkesan itu sebahagian besarnya disebabkan motosikal hitam 900C yang mula digunakan TP Mei lalu.



Motosikal itu lebih mudah bergerak dalam keadaan trafik sibuk untuk menahan pemandu yang melanggar peraturan, berbanding kereta tidak bertanda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >