DALAM satu sidang media petang semalam, pencapaian beberapa pelayar daripada generasi pertama pelatih Mendaki Sense - dikenali sebagai Sense - yang berjaya meraih Sijil Kecekapan Kelas 3 menerusi Skim Kapal Kadet telah diiktiraf.
Antara mereka ialah Encik Muhammad Zamir Mohamed Ismail, 27 tahun, dan Encik Shaik Yusuf Basarawi, 29 tahun, yang jelas kelihatan gembira apabila ditemu ramah Berita Harian di pejabat Sense semalam.