Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semakan Presiden Dilantik: Orang ramai diundang beri pandangan

Feb 19, 2016 | 09:47 AM



WARGA Singapura boleh memberi pandangan mereka mengenai perubahan yang ingin mereka lihat pada jawatan Presiden Dilantik, yang sedang dikemas kini oleh sebuah jawatankuasa sembilan ahli.


Pandangan harus diberi secara bertulis dan dihantar kepada Suruhanjaya Perlembagaan itu, ujar satu kenyataan daripada sekretariatnya pada Khamis (18 Feb), sehari selepas mesyuarat pertamanya.


Tarikh akhir bagi semua pandangan balas sampai kepada sekretariat suruhanjaya itu ialah 5 petang pada 21 Mac.


Pandangan boleh diberi dalam bahasa Melayu, Cina, Tamil atau bahasa Inggeris dan perlu ditaip atau ditulis dengan jelas dengan tangan. Ia juga harus ditandatangani, dalam bentuk salinan keras atau PDF.


Maklum balas yang hendak didapatkan ialah mengenai tiga perkara yang dikenal pasti untuk disemak, iaitu:


* Kriteria yang melayakkan seseorang menjadi calon dalam pilihan raya presiden.


* Peruntukan bagi memastikan orang daripada kaum minoriti Singapura berpeluang menjadi Presiden.


* Peranan dan keanggotaan Majlis Penasihat Presiden (CPA) dalam mentadbir cara Presiden melaksana kuasanya.


Suruhanjaya Perlembagaan itu dilantik oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong seminggu lalu.


Ia diketuai Hakim Besar Sundaresh Menon dan termasuk pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Encik Eddie Teo, yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden yang memeriksa calon pada 2011.


Anggota lain jawatankuasa itu ialah hakim Mahkamah Agung, Encik Tay Yong Kwang; bekas Speaker Parlimen, Encik Abdullah Tarmugi, dan Duta Kelana Chan Heng Chee, serta pemimpin perniagaan Chua Thian Poh daripada Ho Bee Land, Philip Ng daripada Far East Organisation, Peter Seah daripada DBS Bank, dan Wong Ngit Liong daripada Venture Corp.


Perincian mengenai apa yang Perlembagaan sebut tentang Presiden, termasuk kriteria kelayakan bagi calon dan fungsi CPA, boleh didapati di laman web Singapore Statutes Online di http://statutes.agc.gov.sg


Suruhanjaya itu juga berkata ia boleh mengundang pemberi pandangan untuk menjelaskan atau menghuraikan hujahan mereka, jika perlu, semasa sesi pendengaran awam.


Tarikh sesi itu akan diumum dalam masa terdekat, tetapi ia mungkin diadakan beberapa hari antara 18 April dan 15 Mei, kata sekretariat itu.


Pandangan hendaklah dialamatkan kepada Sekretariat Suruhanjaya Perlembagaan, dan dipos kepada 1, Supreme Court Lane, Singapura 178879, atau e-mel kepada CCSecretariat@supcourt.gov.sg.


Pemberi pandangan harus menyertakan nama penuh dan nombor kad pengenalan mereka bagi tujuan pengesahan, serta alamat dan nombor telefon mereka.


Mereka juga harus memasukkan alamat e-mel mereka, jika ada.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >