Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CATATAN WARTAWAN

Semakin hargai, sanjung tinggi peranan penting anggota NSF

nsf
Nov 05, 2017 | 05:30 AM



SELAMA dua hari baru-baru ini, saya dapat menyertai beberapa latihan yang dijalani anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) di Akademi Home Team.



Tujuannya ialah mengalami sendiri latihan NS itu, satu pengalaman yang tidak dilalui oleh kaum Hawa.



Kalau ikut slanga anak muda sekarang, mungkin ada berfikir "macam faham saja!"



Namun lebih daripada mengetahui bagaimana latihan NS itu dijalankan, pengalaman ini telah menjadikan saya lebih sedar dan lebih menghargai peranan yang dimainkan NSF ini serta pengorbanan mereka - bukan sahaja bagi tempoh dua tahun mereka bergelar NSF, malah selepas bergelar anggota kerahan (NSmen) nanti.



Kebanyakan mereka memasuki NS ketika berusia 19 atau 20 tahun dan baru selesai pengajian di maktab rendah, politeknik atau Institut Pendidikan Teknikal (ITE).



Kini, mereka harus membiasakan diri dengan kehidupan sebagai pegawai berseragam yang memikul tanggungjawab besar memastikan keselamatan Singapura.



Misalnya semasa saya mencuba latihan menembak, baru saya sedar pistol Taurus yang digunakan pegawai polis itu sebenarnya berat dan apabila diletak bersama beberapa kelengkapan lain pada tali pinggang yang dipakai pegawai polis semasa bertugas, bertambahlah beratnya.



Namun apa yang saya rasa lebih 'berat' adalah tanggungjawab yang digalas apabila perlu menggunakan pistol tersebut, lebih-lebih lagi bagi NSF berusia 19 atau 20 tahun ini yang tidak pernah memegang pistol seumur hidup. Pengalamannya mungkin menggerunkan tetapi mereka tetap berani menyahut panggilan tugas demi negara.



Antara latihan lain yang saya cuba ialah balapan berhalangan standard polis atau police standard obstacle course (PSOC), dengan 10 stesen berbeza yang mencerminkan keadaan realistik yang dihadapi pegawai polis semasa bertugas.



Setiap stesen mencabar dan selepas melihat satu skuad NSF melaluinya (dan saya sendiri mencuba beberapa stesen), saya sedar ia bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal malah mental dan kemahiran lain.



Seperti mana NSF polis memakai seragam biru sama yang dipakai pegawai biasa dan mereka memikul tanggungjawab yang sama beratnya, latihan yang mereka lalui juga cukup mencabar seperti yang dilalui pegawai biasa.



Malah apabila saya bercakap dengan dua NSF - Konstabel Khas Pelatih (TSC) Izzat Syahmi Namdi dan Haiqal Anwar Harneis - semasa waktu makan malam di dewan mes, mereka memberitahu saya bahawa latihan fizikal pertama mereka begitu sukar sehingga mereka langsung tidak mahu ingat tentangnya lagi.



Namun apabila ditanya tentang vokasyen yang mereka ingin sertai selepas selesai latihan asas, TSC Izzat Syahmi berkata beliau ingin berkhidmat dengan Pasukan Respons Darat (GRF) polis sementara TSC Haiqal Anwar pula berharap dapat berkhidmat dengan Divisyen Polis Lapangan Terbang.



Ini bukan vokasyen yang mudah dan walaupun mereka memulakan latihan NS mereka dengan perasaan takut serta tidak pasti apa yang harus dijangkakan, respons mereka kini meyakinkan saya bahawa masa depan Singapura terjamin dengan generasi baru NSF seperti mereka yang memandang serius keselamatan negara ini, seperti yang dilakukan generasi sebelum ini.



Sementara banyak perkara sudah berubah dalam latihan NS selama ini, satu perkara yang tidak berubah ialah komitmen memastikan keselamatan Singapura. Dan khidmat mereka tidak berakhir selepas dua tahun bergelar NSF.



Malah, mereka boleh menjangkakan lebih banyak pengorbanan apabila mereka terus berbakti kepada negara sebagai NSmen sementara melanjutkan pengajian, mendaki tangga kerjaya dan membina keluarga, dengan lebih banyak tanggungjawab dan komitmen untuk diimbangi.



Mereka juga berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk pengganasan dan cabaran baru pada masa akan datang, tetapi saya yakin mereka akan berbakti demi melindungi orang yang disayangi dan tanah air daripada apa jua ancaman dan bahaya.



Sementara kaum Hawa tidak perlu menjalani NS, saya rasa kami juga mempunyai peranan penting dalam perjalanan NS ini.



Sebagai ibu, isteri, kakak, adik atau teman sekalipun, kami boleh memainkan peranan memberi sokongan kepada abangabang NS ini.



Terdapat banyak cara untuk kami menyumbang kepada Singapura dan melindungi negara ini.



Saya yakin dan tidak sedikit pun ragu, wanita juga cintakan tanah tumpah darah ini, watan tercinta bernama Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >