Apakah pencapaian dan cabaran yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam sepanjang tahun ini? Bagaimana masyarakat Melayu/Islam dapat mengharungi pelbagai cabaran dan membuat penyesuaian dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum Singapura? Apa pula yang menjadi keprihatinan dan kebimbangan pemimpin kita? Bagaimana pula harapan dan masa depan mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran itu? Inilah antara beberapa isu yang dikupas Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersama Berita Harian baru-baru ini. Laporan oleh ROSEBI MOHD SAH (rosebi@sph.com.sg)
MENTERI Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim berkata beliau gembira melihat semakin ramai pelajar Melayu/Islam di politeknik setempat mengambil kursus baru yang diperlukan bagi pertumbuhan seperti bidang Infokom Teknologi (ICT), Keselamatan Siber dan Rekabentuk.