Sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu

Termasuk seorang murid Spura berusia 12 tahun awal sebelum ini

RANAU  - Sembilan lagi mayat ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat di sekitar Gunung Kinabalu pagi ini.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan bilangan mereka yang terkorban adalah seramai 11 orang.
Sementara itu, lapan lagi mangsa yang dilaporkan terkandas susulan gempa bumi semalam masih belum ditemukan.

“Usaha membawa turun mayat mangsa akan dilakukan menggunakan helikopter jika cuaca mengizinkan,” katanya dalam sidang akhbar di Kinabalu Park di sini hari ini.
Polis mengesahkan seramai 17 orang iaitu 14 orang pendaki dan tiga malim gunung masih belum dikesan susulan gempa bumi pagi semalam.

Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, dua pendaki disahkan meninggal dunia iaitu malim gunung, Robi Sapinggi, 30 tahun, dari Kota Belud dan seorang murid dari Singapura berusia 12 tahun.

“Pagi ini kita menggerakkan operasi mencari dan menyelamat mangsa di sekitar Sayat-Sayat ke Laban Rata.

“Operasi dilakukan dengan bantuan helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan laluan darat,” katanya dalam sidang akhbar di Kinabalu Park, dekat sini pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.