Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seminar kongsi panduan galak kanak-kanak fasih dwibahasa

Sep 29, 2023 | 07:37 PM



Dengan persekitaran Singapura yang lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris, usaha menggalak anak-anak kecil hari ini menguasai kedua-dua bahasa Inggeris dan bahasa ibunda semakin sukar.

Kanak-kanak kini lebih terdedah kepada penggunaan bahasa Inggeris – semasa di sekolah, ketika menonton televisyen, ketika menggunakan alat teknologi untuk bermain permainan, malah di rumah, ketika berinteraksi dengan ibu bapa.

Bukan sahaja ibu bapa mendapati agak mencabar menggalakkan anak-anak kecil menggunakan dua bahasa dengan fasih, malah guru-guru juga semakin menghadapi kesukaran membimbing kanak-kanak menguasai dua bahasa atau lebih.

Demi membantu ibu bapa dan juga pendidik prasekolah membimbing anak dan juga murid mereka menjadi pengguna dwibahasa yang baik, Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki akan menganjurkan dua webinar berkaitan topik tersebut.


Webinar pertama, ‘Membangun Minda Dwibahasa’, akan berlangsung pada Jumaat, 13 Oktober 2023 pada 2 petang, dikhususkan untuk para pendidik prasekolah.

Sesi webinar itu mengetengahkan guru Bahasa Melayu dari Kementerian Pendidikan (MOE), Encik Azhar Abdul Rashid, yang akan membincangkan pendekatan kreatif bagi galak pembelajaran kanak-kanak prasekolah.

Beliau juga akan berkongsi strategi meneroka kegiatan kreatif dan interaktif dalam menerapkan pembelajaran dwibahasa seperti melalui aktiviti bercerita, menyanyi dan permainan.

Webinar tersebut diadakan secara percuma melalui wadah Zoom.

Mereka yang berminat hanya perlu mendaftar dengan melungsuri pautan, https://bit.ly/BHDwi1 atau mengimbas kod QR yang tertera (dalam gambar).

Webinar kedua anjuran BH dan Yayasan Mendaki pula akan diadakan pada Sabtu, 14 Oktober, pada 11 pagi, khas bagi ibu bapa anak-anak prasekolah.

Bertajuk ‘Mengasah Kemahiran Dwibahasa Sambil Bermain’, sesi tersebut mengetengahkan Pengasas Pusat Pembelajaran Yaa Bunayya, Cik Nur’afifah Mohd Hussain.

Beliau akan membincangkan peranan bermain dalam membina kemahiran bahasa dan juga dalam perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan melungsuri pautan, https://bit.ly/BHDwi2 atau mengimbas kod QR yang tertera (dalam gambar).

Wartawan Berita Harian, Cik Nur Fathin Awalludin, akan menjadi moderator bagi sesi-sesi tersebut.

Kedua-dua webinar itu dianjurkan dengan sokongan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >