Semua khidmat bas percuma apabila berlaku kerosakan besar MRT

SEMUA perkhidmatan bas akan disediakan secara percuma sekiranya berlaku gangguan MRT seluruh rangkaian seperti pada 7 Julai lalu.

Ini termasuk perkhidmatan menggunakan bas swasta, yang akan dikerah untuk membantu apabila berlaku kerosakan besar.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) juga sedang mengkaji cara membayar balik tambang kepada penumpang selepas berlaku gangguan tanpa menyusahkan.

Sekarang, penumpang beratur di stesen untuk mendapatkan bayaran balik, menambah kesesakan dan kekeliruan semasa gangguan.

Pada masa sama, LTA sedang mengusahakan sebuah aplikasi telefon bimbit bagi menyalurkan maklumat kepada penumpang dengan cepat dan sejelas-jelasnya. Aplikasi ini - yang akan termasuk maklumat seperti laluan terjejas, laluan alternatif dan perhentian bas yang harus ditujui - diharap dapat disiapkan menjelang akhir tahun ini.

LTA mendedahkan ini dalam satu latihan bersama dengan SMRT dan SBS Transit pada Rabu (14 Okt) bagi menguji pelan pengurusan dipertingkat insiden gangguan MRT, menurut akhbar The Straits Times pada Khamis.

Ia latihan keempat sejak dua kerosakan besar MRT pada Disember 2011. Sejak itu, terdapat sekurang-kurangnya 35 dan 22 gangguan besar masing-masing pada rangkaian MRT dan LRT.

Unsur-unsur baru diperkenal dalam latihan persediaan itu, termasuk lampu isyarat yang dipasang di perhentian bas di stesen Tiong Bahru dan Serangoon, yang berkelip untuk memaklumkan penumpang perhentian bas yang menyediakan perkhidmatan bas percuma.

Pemandu bas akan menutup mesen pembaca tambang apabila mereka melihat lampu isyarat itu berkelip.

Sistem ini akan dilaksana di setesen lain selepas diuji dia dua stesen itu.

Ini akan dilakukan apabila satu laluan atau satu bahagian panjang satu laluan terjejas. Apabila dua atau lebih laluan rosak, semua perkhidmatan bas di semua perhentian bas disediakan secara percuma.

Satu lagi inisiatif baru ialah mengaktifkan perkhidmatan bas khas - tambahan kepada perkhidmatan bas sambungan - untuk membawa penumpang terkandas ke stesen pertukaran utama atau pusat bandar utama.

Perkhidmatan bas khas akan disediakan oleh pengusaha bas awam dan syarikat bas swasta seperti Woodlands Transport.

Langkah-langkah baru ini diperkenal berikutan peristiwa 7 Julai, apabila kedua-dua laluan, Utara-Selatan dan Timur-Barat, rosak pada waktu sibuk petang.

Ia menjejas lebih 400,000 penumpang, ramai daripada mereka tiba di rumah selepas tengah malam, ada dengan berjalan kaki.

LTA sedang mengkaji cara mengelakkan berulangnya gangguan seluruh rangkaian, termasuk dari segi fizikal memisahkan Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat supaya kerosakan elektrik tidak merebak di seluruh kedua-dua laluan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 22
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.