Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Semua pelanggan Singapura boleh pilih pembekal elektrik sendiri mulai November

Sep 21, 2018 | 03:35 PM



SEMUA pelanggan di sini boleh membeli tenaga elektrik daripada peruncit pilihan mereka mulai November, sebagai sebahagian usaha memperluaskan Pasaran Tenaga Elektrik Terbuka (OEM) yang dilancarkan di Jurong April lalu.



Sekitar 1.4 juta akaun perumahan dan perniagaan layak membeli tenaga elektrik daripada 12 peruncit, umum Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) hari ini (21 September).



Pelancaran itu akan dilaksanakan dalam empat tahap, mengikut poskod.



Mereka yang mempunyai poskod yang bermula dengan angka 58 hingga 78 merupakan kumpulan pertama yang boleh memilih pembekal elektrik sendiri mulai 1 November.



Baki yang lain boleh melakukan hal yang sama selepas itu.



Namun, tiada batas waktu bagi orang ramai membuat pilihan menukar ke pembekal lain dan pengguna boleh memilih untuk terus mendapatkan tenaga elektrik mereka daripada SP Group.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >