Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senarai penuh jawatankuasa pusat PAP diumum

Jan 06, 2015 | 05:01 PM



PARTI Tindakan Rakyat (PAP) telah mengumumkan senarai penuh Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC)  dalam satu mesyuarat Isnin lalu (5 Januari).


Tiga muka baru diantik ke jawatankuasa itu - Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri merangkap Ehwal Luar), Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dan Anggota Parlimen, Encik Zaqy Mohamad dan Encik Liang Eng Hwa.


Ini menjadikan jumlah anggota CEC kepada 18 orang. Daripada jumlah tersebut, 12 dilantik oleh kader parti dalam sidang PAP bulan lalu dan dua lagi - Menteri Pertahanan, Encik Dr Ng Eng Hen dan Speaker Parlimen, Cik Halimah Yacob - dijemput (co-opted) menyertai jawatankuasa itu pada hari yang sama.


Pemegang jawatan CEC tidak berubah. Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, kekal sebagai setiausaha agung parti dengan Timbalan Perdana Metneri, Encik Teo Chee Hean dan Encik Tharman Shanmugaratnam,  masing-masing sebagai penolong setiausaha agung pertama dan kedua.


Menteri Pembangunan Negara, Encik Khaw Boon Wan, turut kekal sebagai pengerusi parti sementara Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, sebagai timbalan pengerusi.


 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >