Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Senarai tapak rapat pilihan raya

Sep 01, 2015 | 04:36 PM



POLIS telah mengeluarkan senarai tapak yang ditetapkan bagi rapat pilihan raya, yang boleh diadakan dari 7 pagi hingga 10 malam dari esok (2 September) hingga 9 September


Senarai rapat yang akan diadakan esok akan diumum selepas penutupan permohonan permit hari ini (1 September).


Dalam satu kenyataan pada Selasa, polis menggalak orang ramai menggunakan pengangkutan awam, memandangkan ramai orang dijangka menghadiri perhimpunan pilihan raya.


Pengguna jalan raya berhampiran rapat pilihan raya perlu bersedia bagi lencongan trafik atau penutupan lorong, kata polis.


Maklumat mengenai lencongan dan penutupan akan dikemas kini melalui siaran radio.


Polis itu juga menggesa penyokong supaya berhimpun dan bersurai dari tapak perhimpunan secara teratur, dan memberi amaran ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa yang bertindak sukar dikawal atau melakukan sebarang kesalahan di perhimpunan.


Operasi kenderaan udara tanpa pemandu, atau dron, dilarang demi keselamatan orang awam, ujar polis.


Di samping itu, status Sudut Pidato sebagai kawasan tanpa batas di bawah Akta Ketenteraman Awam akan dibatalkan dari hari ini hingga ke hari pengundian pada Jumaat, September 11.


Mereka yang ingin menganjurkan kegiatan Sudut Pidato perlu memohon permit dan lesen dalam tempoh ini.


Status itu akan diteruskan semula selepas hari mengundi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >