MATA Encik Muhammad Riduan Zalani terpaku pada ragam pemuzik genderang irama hibrid 'funk' dan reggae Wicked Aura Batucada yang rancak membuat persembahan di kawasan Orchard Road.
Tatkala itu, beliau yang bertugas sebagai pekerja pembersihan di pusat beli-belah Takashimaya menyulam impian menjadi sehebat kumpulan pemuda yang giat berseni jalanan.