USTAZAH Kalthom Muhammad Isa telah dilantik menjadi anggota terbaru Lembaga Rayuan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), sekali gus membawa bilangan anggota wanita kepada lima orang.
Dalam satu kenyataan semalam, Muis berkata kehadiran wanita dalam lembaga itu memaparkan bahawa masyarakat Islam Singapura menghargai sumbangan wanita dalam peranan kepimpinan dalam masyarakat.