Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang lelaki cedera akibat kes tikaman di Raffles Place

Nov 14, 2014 | 03:56 PM



SATU pergaduhan yang melibatkan dua lelaki di Raffles Green semasa waktu sibuk makan tengah hari, hari ini Jumaat, menyebabkan seorang daripadanya cedera parah.


Saksi kejadian berkata dua lelaki Cina berusia petengahan tahun itu telah bertengkar di luar stesen MRT Raffles Place sekitar 1 petang sebelum salah seorang daripadanya menikam yang lain.


Seorang saksi wanita, Cik Qiu, memberitahu akhbar Lianhe Wanbao, bahawa kededuanya sedang bergelut apabila salah seorang daripada mereka mengeluarkan pisau dan menikam seorang lagi di bahagian pinggang, punggung dan tangan kiri.


Pergaduhan itu mendapat perhatian ramai semasa waktu sibuk itu, dengan seorang wanita kelihatan cuba meleraikan mereka.


Namun, kededuanya terjatuh selepas pertikaman itu.


Cik Qiu menambah, penyerang juga cuba merampas beg komputer riba mangsa.


Seorang lagi saksi, Encik Ye Xiang, 27 tahun, yang bekerja di sebuah bank, memberitahu Lianhe Wanbao, bahawa penyerang menggunakan pisau sepanjang 15 sentimeter.


Mangsa juga dikatakan cuba mengejar penyerangnya sejauh 200 meter sebelum kededuanya berhenti di UOB Plaza.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >