Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang maut, lima cedera lepas kereta rempuh pokok di Changi

Jul 29, 2016 | 11:33 AM



SEORANG terbunuh dan lima cedera dalam satu kemalangan di Changi Coast Road pada pagi Jumaat (29 Julai).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia dimaklumkan pada 6.35 pagi mengenai sebuah kemalangan melibatkan sebuah kereta merempuh sebatang pokok.



Ia mengerahkan sebuah kereta bomba, sebuah Red Rhino, lima ambulans dan dua kenderaan sokongan.



Pemandu kereta itu, seorang lelaki berusia 20-an tahun, terperangkap di dalam kenderaan tersebut dan terpaksa dilepaskan menggunakan alat menyelamat hidraulik.



Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik.



Lima orang lain yang terlibat dalam kemalangan itu, termasuk dua yang tidak sedarkan diri, dikejarkan ke Hospital Besar Changi.



Siasatan polis masih berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >