Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seorang meninggal dunia, 4 lagi cedera dalam nahas di Koswe

Jun 30, 2018 | 11:30 AM



SEORANG lelaki meninggal dunia dan empat lagi orang cedera akibat satu kemalangan jalan raya di Koswe pagi tadi (30 Jun).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan memintan bantuan ambulans sekitar 1 pagi dari Jembatan Koswe Woodlands.



SCDF mengerahkan tiga ambulans dan satu kereta bomba ke tempat kejadian.



Paramedik mengesahkan seorang lelaki berusia 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, kata SCDF.



Empat lagi lelaki yang berusia antara 23 dengan 42 tahun turut cedera



Tiga daripada mereka dibawa ke Hospital Khoo Teck Puat manakala seorang lagi yang mengalami luka kecil tidak mahu ke hospital.



Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada awalnya menyatakan bahawa beberapa lorong pelepasan ditutup sementara dan menasihatkan orang ramai untuk menggunakan pusat pemeriksaan Tuas.



Namun menerusi laman Twitter mereka sekitar 8 pagi, sekitar tujuh jam selepas SCDF dimaklumkan tentang kejadian itu, ICA berkata semua lorong pelepasan telah dibuka semula dan operasi di pusat pemeriksaan Woodlands berjalan seperti biasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >