Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Separuh agensi awam asingkan layari Internet dari komputer kerja

Oct 10, 2016 | 12:00 PM



MENTERI, pegawai kanan pemerintah dan separuh agensi awam telah mula memisahkan kegiatan melayari Internet daripada komputer kerja mereka bagi meningkatkan keselamatan sistem kritikal pemerintah, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Agensi pemerintah selebihnya dijangka melaksana inisiatif itu menjelang pertengahan tahun depan, kata Encik Lee pada Isnin (10 Oktober), semasa menggariskan tunggak pertama strategi keselamatan siber Singapura yang beliau lancarkan.



Pelan tindakan itu menetapkan pendekatan jangka panjang Singapura ke arah menjamin ruang siber terhadap serangan, sambil memanfaatkan peluang mengembangkan sektor teknologi komunikasi maklumat (ICT) tempatan.



Bercakap pada majlis perasmian Minggu Siber Antarabangsa Singapura pertama dan Sidang GovernmentWare ke-25 di Suntec Singapura, Encik Lee berkata tunggak pertama strategi keselamatan siber melibatkan pengukuhan infrastruktur kritikal di negara ini.



"Kami melabur lebih untuk mengukuhkan sistem dan rangkaian pemerintah, terutama yang mengendalikan data sensitif, dan melindunginya daripada serangan siber," kata beliau.



Apabila langkah melayari Internet secara berasingan dalam perkhidmatan awam berkuat kuasa sepenuhnya tahun depan, penjawat awam masih boleh mengakses web melalui komputer pemerintah khusus untuk maksud itu, atau menggunakan peranti mudah alih peribadi mereka.



Bagaimanapun komputer kerja mereka, yang digunakan bagi mereka mengakses e-mel mereka, tidak akan mempunyai keupayaan melayari Internet. Inisiatif ini kali pertama dilaporkan pada Jun.



Strategi keselamatan siber kebangsaan Singapura, yang mempunyai tiga lagi komponen utama, dibangunkan oleh Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA). Agensi itu ditubuh tahun lepas untuk menyelaras usaha kebangsaan dalam keselamatan siber.



Tiga lagi tunggak strategi keselamatan siber Singapura ialah:



- Membangunkan ekosistem keselamatan siber baru dengan mendidik perniagaan dan individu;



- Mewujudkan pekerjaan dengan membangunkan bakat keselamatan siber; dan



- Mengukuhkan perkongsian antarabangsa untuk lebih responsif terhadap ancaman siber.



Encik Lee berkata keselamatan siber "satu isu penting negara" sedang negara ini semakin terkait dalam misinya menjadi sebuah negara pintar.



"Singapura bercita-cita menjadi Negara Bijak. Tetapi untuk menjadinya, kita juga mesti menjadi sebuah negara selamat," kata beliau kepada lebih 3,000 penjawat awam dan karyawan teknologi dari 30 negara di acara Minggu Siber.



Beliau berkata walaupun ICT mewujudkan peluang perniagaan dan meningkatkan produktiviti, ia juga membuat penggunanya terdedah.



Di peringkat global, ancaman siber dan serangan semakin kerap dan canggih, dengan kesan lebih teruk, ujar Encik Lee.



Disember lalu, serangan siber membuat Ukraine ketiadaan bekalan elektrik selama berjam-jam. Tahun ini, pencuri menyalurkan AS$81 juta ($111.2 juta) daripada Bank Bangladesh, bank pusat Bangladesh, dalam rompakan siber canggih.



Di Taiwan, penggodam menggunakan perisian hasad untuk mengeluarkan lebih AS$2 juta dari berpuluh-puluh ATM.



Singapura tidak terlepas.



"Rangkaian pemerintah kita kerap disiasat dan diserang," kata Encik Lee.



"Dari masa ke masa, sistem pemerintah dikompromi; laman web dirosakkan. Kita juga mengalami serangan DDOS (terhalang gunakan perkhidmatan) bersatu yang bertujuan merosakkan sistem kita."



Laman web palsu Pasukan Polis Singapura, Kementerian Tenaga Manusia, Lembaga Tabung Simpanan Pekerja, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan ditubuhkan di luar negara untuk mendapatkan, dengan menipu, maklumat peribadi atau membuat orang menghantar wang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >