Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Seperlima pesakit kencing manis yang jalani amputasi meninggal dalam masa setahun

Apr 26, 2016 | 02:05 PM



PENYELIDIK Hospital Tan Tock Seng mendapati seorang dalam lima orang yang kakinya dipotong disebabkan kencing manis meninggal dunia dalam tempoh setahun.



Ini termasuk pesakit kencing manis yang menjalani amputasi kecil melibatkan jari kaki, serta yang menjalani pembedahan besar melibatkan kaki dipotong ke paras lutut atau keseluruhan kaki.



Secara purata, mereka berumur 64 tahun, kata National Healthcare Group (NHG) dalam satu sidang media pada Selasa (26 April).



Lebih 400,000 orang di Singapura menghidapi kencing manis, dengan hospital awam menjalankan empat amputasi berkaitan penyakit itu setiap hari.



Di Parlimen awal bulan ini, Menteri Kesihatan Gan Kim Yong mengisytiharkan bahawa kementeriannya akan melancarkan perang terhadap penyakit kronik itu.



Penyelidik daripada unit Penyelidikan Perkhidmatan dan Hasil Kesihatan NHG merumuskan angka tersebut selepas melihat kembali data TTSH sepanjang 10 tahun lalu melibatkan 2,170 pesakit kencing manis yang menjalani amputasi anggota bawah tubuh.



Kebanyakan pesakit yang meninggal dunia dalam masa setahun menyusuli pembedahan itu menjalani pembedahan kerana komplikasi disebabkan penyakit mereka.



Kencing manis yang tidak dikawal dengan baik boleh merosakkan saluran darah dan membawa kepada masalah seperti buta, serangan jantung, dan kehilangan sensasi.



Kira-kira satu perlima pesakit kencing manis mengalami ulser kaki yang, jika tidak dijaga dengan baik, boleh membawa kepada amputasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >