SEKITAR satu pertiga daripada 238 pelajar yang skrip jawapan bagi kertas Kimia Peperiksaan GCE peringkat 'A' mereka dicuri di Britain tahun lalu telah memilih menduduki semula peperiksaan bagi kertas tersebut.
Daripada 75 yang mendaftar baginya, 57 memilih menduduki peperiksaan itu bulan depan dan yang lain pada November ini, kata Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) kelmarin.